SEREMBAN: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan pendirian parti.
"Saya telah beritahu, jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya daripada pihak kita kerana jika isu ditimbulkan dan kita bereaksi, ia nampak seolah-olah itu masalah besar, sebenarnya tidak, ia bukan masalah utama.
"Ini kerana ia tidak menjadi dasar atau pegangan, pendirian apatah lagi ketetapan mana-mana kepimpinan parti, pegangan kami ialah rundingan yang dijalankan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).. ayuh kita terus bergerak ke hadapan, jangan membaling batu di rumah kaca," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Presiden bersama jentera UMNO Negeri Sembilan yang turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua semalam yang menggelarkan BN sebagai pakatan 'korup' dan berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang sudah menegaskan bahawa kenyataan dibuat Pua adalah atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti.
Ditanya mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Ahmad Zahid berkata BN meminta pertimbangan untuk diberikan tambahan dua kerusi daripada 16 kerusi dimenangi BN sebelum ini.
Mengenai perjumpaan hari ini, beliau berkata parti itu telah memutuskan untuk menggunakan pendekatan kempen berbentuk baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Kita lihat dalam PRU15, organisasi kita cukup berstruktur namun mungkin pendekatan kita perlu diperbaiki, masa ini saat sesuai untuk kita baiki jentera pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
Ahmad Zahid berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan pendirian parti. - Gambar fail/Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.