Setelah diselidiki ia merupakan akaun palsu yang menggunakan nama yang seakan sama dengan Astro AWANI.
Terbaru sebuah akaun yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nama Astro AWANI dengan menyebarkan beberapa foto yang tidak senonoh dalam satu catatan tweetnya pada 27 Feb sekaligus mencemar nama baik Astro AWANI.
Perkara ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini satu tweet palsu mengenai penjualan tiket online final Piala AFF telah tersebar, yang menyebabkan ramai mempercayainya.
Selain itu, ketika tragedi pesawat MH370 berlaku, beberapa akaun Twitter palsu yang menggunakan nama Astro AWANI turut cuba mengambil kesempatan.
Akaun Twitter rasmi Astro AWANI adalah @501Awani dan telah didaftarkan sejak tahun 2012
Kami memohon agar pembaca setia di luar sana melaporkan sebagai spam kepada Twitter mana-mana akaun palsu yang menggunakan nama Astro AWANI.
Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI adalah @501Awani dan telah didaftarkan sejak tahun 2012.
Akaun ini turut mendapat badge biru tanda pengesahan dari Twitter dan sehingga hari ini, akaun tersebut telah mengumpul lebih dari 392,336 pengikut.
Untuk sebarang berita dan maklumat rasmi, sila layari laman web rasmi Astro AWANI di www.astroawani.com, laman Facebook di www.facebook.com/astroawani, Twitter @501Awani dan Instagram di www.instagram.com/501Awani.