Bendahari Agung PKR, Dr Tan Yee Kew disifatkan seperti katak di bawah tempurung apabila gagal malah mempertikai segala khidmat yang dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut mendakwa Yee Kew mempunyai pemikiran sempit apabila mendakwa usaha Tengku Adnan merupakan strategi mengampu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dia tuduh Ku Nan ampu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, itu tidak betul dan datangnya daripada pemikiran sempit.
"Bendahari Agung PKR itu barangkali cetek dan dangkal fikiran untuk memahami tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat khususnya jemaah menteri yang diberikan portfolio masing-masing untuk membangunkan negara dan menjana kesejahteraan hidup rakyat.
"Ku Nan selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah banyak membawa perubahan kepada warga kota terutama membabitkan isu perumahan, setinggan, penjaja dan sistem aliran trafik," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 tidak pernah dibatalkan - Tengku Adnan
BACA: Tandatangan pelan struktur selepas terima kata sepakat - Ku Nan
Beliau mengulas tuduhan Yee Kew yang mendakwa Ku Nan tidak memberikan tumpuan terhadap isu-isu bandar khususnya masalah golongan rakyat tidak berumah dan usaha membasmi kemiskinan.
Yee Kew juga dilaporkan mengecam Ku Nan yang mahukan rakyat berbangga kerana negara mempunyai Perdana Menteri yang sanggup mendengar kehendak rakyat.
Serangan Yee Kew itu dikatakan ekoran kejayaan program Pelancaran Kad Ceria untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang dilancarkan Ku Nan.
Kad Ceria tersebut merupakan kad diskaun atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih.
Program tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan harian pengguna dan menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh warga kota.
Dalam pada itu, Syed Ali turut menyebut bagaimana Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mencapai hasratnya dalam mensifarkan penempatan setinggan di ibu kota.
"Walaupun belum mencapai matlamat 100 peratus sifar setinggan di Kuala Lumpur, tetapi penempatan perumahan tersebut berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat disamping kewujudan peluang-peluang perniagaan.
"Oleh sebab itu Yee Kew boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung yang tidak berkesempatan untuk melihat dunia luar yang sedang pesat dipacu pembangunannya oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib," tegasnya.
Katanya, Yee Kew sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri kerana PKR tidak langsung memperdulikan kebajikan rakyat dan kepentingan negara sebaliknya hanya tahu mengkritik dan mengecam kerajaan.
"Pembangkang terutama PKR tidak ada kerja lain, cari salah kerajaan, buat fitnah dan menidakkan usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kehidupan rakyat seperti yang dilakukan Ku Nan di Kuala Lumpur," jelasnya.
Mengulas lanjut, Syed Ali mengingatkan parti-parti pembangkang terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa rakyat tidak perlu dibebani sepanjang masa dengan isu-isu politik yang tidak bermanfaat.
"Tugas sebenar setiap pertubuhan siasah dan politik adalah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara menggunakan kaedah serta saluran politik yang harmoni dan bertanggungjawab, bukannya cerita maki hamun, kecaman dan tuduhan yang diputarbelitkan kebenarannya," tegasnya.
Beliau mengecam pembangkang yang menggunakan sepenuh masa mereka untuk mengkritik kerajaan dan pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk menerusi penggunaan laman-laman sosial.
Astro Awani
Sat Apr 01 2017
Yee Kew disifatkan seperti katak di bawah tempurung apabila gagal malah mempertikai segala khidmat yang dilakukan Tengku Adnan. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.