Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan sesetengah pihak agar tidak mempolemikkan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan mengaitkan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan mereka yang tidak berjaya mendapat bantuan berkenaan.
Tegasnya, kerajaan tidak pernah menjadikan pendaftaran SSM sebagai punca mereka tidak layak mendapat BR1M.
Sebaliknya, setiap pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.
"Tak payah nak polemik, neraka pun Allah buat syurga pun Allah buat. Kalau kamu rasa nak polemik atau itu yang terbaik cakap.
"Setengah orang duduk bercakap sorang tidak tahu siapa sokong dia. Yang paling penting ialah kita mampu menolong orang dan bukan menghura-harakan rakyat," katanya semasa ditemui media di lobi parlimen.
Beliau menegaskan, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa meneliti kesahihan dakwaan berkenaan.
"Setiap orang syarat itu walaupun dia ada SSM, tetapi syarat itu dia tidak ada pendapatan itu, dia akan dapat. Jangan pegi buat hukum rata, berdosa.
"Tuduh tanpa bukti. Saya akan lawan kalau nak hentam untuk jawab kebenaran. Saya tidak akan biarkan ini untuk nak lawan kerajaan yang mampu menentukan hala tuju," tambahnya.
Justeru, beliau mengingatkan mana-mana individu yang tidak berpuashati dengan isu berkenaan agar menghantar pesanan terus kepadanya di media sosial daripada terus menghentamnya di medium berkenaan terutama Facebook miliknya.
"Kalau private message saya, saya akan refer. Namun kalau kes di Perlis, LHDN sana dia nak maklumat sebelum 31hb ini.
"Kita kena ingat, daftar atau tidak SSM, itu nombor dua, tapi apa yang paling penting dia layak atau tidak dapat BR1M.
"Saya tidak pernah dengar lagi daftar SSM, tiba-tiba dapat BR1M dia tidak dapat tetapi kalau iblis dengan syaitan duk bercakap ada lah," katanya lagi.
Sejak semalam, isu keluhan pemohon BR1M tidak layak mendapat bantuan itu kerana didakwa selepas mendaftar dengan SSM tular di media sosial.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 07 2017
Sebaliknya, setiap pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.