Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata generasi muda perlu diingatkan supaya tidak taksub dengan DAP dan tidak mempercayai parti pembangkang itu yang sekutu dalam Pakatan Harapan sebenarnya boleh memberi harapan kepada rakyat.
Ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA di sini pada Sabtu, beliau berkata pembangkang telah membawa pelbagai slogan seperti 'ubah' bagi memikat hati rakyat.
"(Tetapi) pembangkang tidak dapat mengubah apa-apa kecuali membawa kepada situasi di mana orang Cina berada dalam pembangkang, menyebabkan keruntuhan kuasa politik Cina," katanya.
Menurutnya, komuniti Cina harus sedar bahawa tidak ada kemungkinan untuk mengubah kerajaan dengan ketiadaan sokongan daripada kaum Melayu dan komuniti peribumi.
"Untuk mengatakan bahawa masyarakat Cina adalah penentu kuasa merupakan penipuan diri sendiri semata-mata kerana penentu kuasa sentiasa merupakan kaum Melayu dan komuniti peribumi," katanya.
Justeru, Wee berkata UMNO, parti terbesar dalam Dewan Rakyat, akan kekal selepas pilihan raya umum akan datang.
"Masyarakat Cina perlu memikirkan dengan teliti. Jika mereka masih melihat diri sebagai penentu kuasa dan memberi undi sepenuh kepada pembangkang pada pilihan raya umum nanti, maka hasilnya komuniti Cina akan kekal dalam pembangkang.
"Akhirnya, kita akan memiliki sebuah negara yang berpecah-belah dan komuniti Cina terpaksa mengorbankan kepentingan mereka," kata Wee.
Sementara itu, dua sayap MCA itu meluluskan resolusi berasingan antara lain menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS.
Kedua-dua sayap itu meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya memegang dasar dan nilai kesederhanaan dan menolak unsur perkauman dan ekstremisme bagi menghormati kepelbagaian bangsa dan budaya dalam negara.
Bernama
Sun Oct 11 2015
WEE: UMNO, parti terbesar dalam Dewan Rakyat, akan kekal selepas pilihan raya umum akan datang. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.