PUTRAJAYA: Bayi yang baru lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad lepas, iaitu hingga 63.6 tahun pada 1970, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030, dengan peratus penduduk berumur 60 tahun dan ke atas telah mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk.
"Justeru itu, persediaan kesihatan dan simpanan kewangan yang mencukupi perlu dibuat bagi mengelak kesukaran hidup selepas persaraan," katanya dalam kenyataan bersempena Hari Penduduk Sedunia 2022 yang disambut setiap 11 Julai.
Bagaimanapun beliau berkata pertambahan penduduk di Malaysia meningkat dengan kadar lebih perlahan pada 2020 berbanding 3.6 peratus pada 1970, berikutan empat faktor yang mempengaruhi iaitu kadar kesuburan, jangka hayat, struktur umur (agihan di antara umur muda dan umur tua) serta migrasi.
"Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi seorang wanita di Malaysia dalam tempoh reproduktif telah menurun kepada 1.7 bayi pada 2020 berbanding 4.9 bayi pada 1970. TFR ini merupakan yang terendah dalam tempoh lima dekad ini," katanya.
Mohd Uzir berkata, dari segi perubahan taburan struktur umur, bagi tempoh 1970 hingga 2020, peratus kanak-kanak bawah umur 15 tahun (umur muda) menunjukkan trend penurunan daripada 44.9 peratus pada 1970 kepada 24 peratus pada 2020.
"Trend umur muda yang semakin menurun dan peningkatan umur tua yang semakin ketara akan menjejaskan bilangan dan tanggungan untuk umur bekerja pada masa hadapan.
"Peratusan penduduk umur bekerja 15 hingga 64 tahun menunjukkan peningkatan daripada 52.1 peratus pada 1970 kepada 69.3 peratus pada 2020 dan diunjurkan menurun secara perlahan kepada 66.3 peratus daripada jumlah penduduk pada 2040," katanya.
Beliau berkata penduduk Malaysia diunjurkan kepada 41.5 juta orang menjelang 2040 dan pertambahan penduduk akan merangsang peningkatan pengeluaran makanan dan perubahan diet turut menjadi faktor yang mempengaruhi jaminan bekalan makanan.
Katanya, antara cabaran yang harus ditangani pada masa kini adalah keseimbangan antara keperluan jaminan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian yang terhad serta kesan daripada perubahan iklim.
Menurut data DOSM, penduduk Malaysia telah mencecah 32.4 juta pada 2020 dengan penduduk tertinggi di Selangor seramai tujuh juta manakala terendah di Labuan seramai 95,100 orang.
Mohd Uzir turut memaklumkan DOSM akan menganjurkan Regional Training Workshop on "Harnessing Opportunities Towards Resilient Future Through Census Data" pada akhir bulan ini sebagai platform ideal kepada ahli statistik, ahli ekonomi, Pejabat Statistik Kebangsaan (NSO) terpilih dan pegawai kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu berkaitan kependudukan dan demografi bersama pakar antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat - DOSM
Jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030.