Seorang lagi penduduk Orang Asli, Kampung Kuala Koh, di sini yang mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di saluran pernafasan meninggal dunia pagi ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit itu tiga orang setakat ini.
Mangsa yang menerima rawatan awal di Hospital Kuala Krai (HKK) sejak beberapa hari lalu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu apabila keadaannya semakin kritikal sebelum meninggal dunia.
Mangsa dipercayai menggunakan air tadahan bukit dan sungai yang dipercayai tercemar.
Bagaimanapun pihak hospital masih belum menyalurkan maklumat lengkap berhubung perkara itu termasuk jantina dan umur mangsa.
Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung pertambahan bilangan penduduk Orang Asli yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman itu.
BACA: JKN Kelantan kesan tanda-tanda jangkitan di saluran pernafasan pesakit Orang Asli Kuala Koh
BACA: Tindakan segera perlu diambil selamatkan orang asli Kuala Koh - Husam
Beliau berkata setakat ini hanya tiga orang disahkan meninggal dunia sungguhpun ada dakwaan penduduk kampung itu bahawa 13 orang telah meninggal dunia akibat penyakit itu yang pada mulanya dianggap misteri awal Mei lalu.
Mohd Taufik berkata, siasatan berhubung dakwaan kematian 13 Orang Asli itu dilakukan sejak beberapa hari lalu dan sehingga ini disahkan hanya tiga orang meninggal dunia dan pihak pihak polis belum menemui kubur yang didakwa menjadi mangsa penyakit itu..
"Kita berharap masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh sentiasa berhubung dengan pihak polis terutama melaporkan berkaitan kematian supaya mudah dilakukan siasatan," katanya di sini, hari ini
Taufik juga berkata hasil maklumat yang diterima, 119 penduduk kampung berkenaan sudah dibawa keluar untuk rawatan sejak seminggu lalu dan enam daripada mereka yang kritikal dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut.
"Daripada jumlah itu, 19 orang masih menerima rawatan di Hospital Gua Musang, empat ditempatkan di transit pesakit Orang Asli Gua Musang manakala 25 orang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Mengenai dua kematian terdahulu Mohd Taufik berkata, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa didapati positif jangkitan kuman di paru-paru .
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
Setakat ini hanya tiga orang disahkan meninggal dunia sungguhpun ada dakwaan penduduk kampung itu bahawa 13 orang telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.