Barisan Nasional (BN) akan memberikan komitmen yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan mandat yang diberikan kepada BN membolehkan pelbagai masalah rakyat di Penang dapat diselesaikan.

Jelas Perdana Menteri lawatan ke Pulau Mutiara sejak Ahad membukti keprihatinan kerajaan untuk mendengar denyut nadi rakyat.

Perdana Menteri antara lain memberi jaminan BN akan menyediakan 20 ribu unit rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun.

Masalah kesesakan juga akan diselesaikan dengan menyediakan sistem monorel dan menaiktaraf pengangkutan awam.

Selain itu, Najib mengumumkan penaiktarafan Kolej Han Chiang kepada Kolej Universiti yang memberi pengkhususan bidang pengajian komunikasi massa.

Najib berkata demikian di majlis rumah terbuka 1Malaysia tahun baharu Cina anjuran BN negeri di padang Kolej Han Chiang.

Lebih 80 ribu pengunjung dihiburkan dengan persembahan penyanyi terkenal Korea, Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'.