KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesyorkan supaya kilang kitar semula e-sisa yang beroperasi secara haram di Kampung Orang Asli Mikang, Muadzam Shah di Rompin sehingga menimbulkan pencemaran bau dirobohkan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan di sini pada Selasa memaklumkan syor itu diajukan kepada pihak berkuasa tempatan melalui Jawatankuasa Tindakan Daerah atas alasan aktiviti itu tidak sesuai di lokasi berkenaan.
"JAS telah mengeluarkan arahan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis terlibat mulai semalam, selain turut mengeluarkan empat kompaun ke atas pemilik tanah," menurut kenyataan itu.
KASA juga memaklumkan siasatan di premis berkenaan juga menemui alat pembakaran bahan api yang dilengkapi dengan cerobong dan dua alat janakuasa dipercayai digunakan untuk meleburkan e-sisa iaitu papan litar, wayar elektrik dan elektronik untuk dijadikan jongkong.
Sehubungan itu, lima sampel bahan mentah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis komposisi kimia.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A dan 34aB Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi aktiviti menerima, menempatkan, meletakkan dan meleburkan e-sisa tanpa kelulusan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Orang awam diminta melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau menerusi e-mel ke [email protected] serta melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Siasatan di premis berkenaan menemui alat pembakaran bahan api yang dilengkapi dengan cerobong dan dua alat janakuasa dipercayai digunakan untuk meleburkan e-sisa untuk dijadikan jongkong. -Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
JAS syor roboh kilang haram e-sisa di kampung Orang Asli
Lima sampel bahan mentah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis komposisi kimia.