BANGKOK: Goi Zhen Feng, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dan meninggal dunia pada 11 Mei di Thailand, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di sini pada Khamis.
Upacara pembakaran dilaksanakan di Kuil Hin Kong di Si Racha, kira-kira 120 kilometer (km) dari tenggara Bangkok, dan dihadiri ayahnya Chee Kong, 50, dan ibunya berusia 45 tahun.
Turut hadir ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum (Pahang), Sim Chon Siang, yang membantu Chee Kong di Bangkok sejak pasangan itu tiba di sini pada 30 Ogos.
Sim berkata abu Zhen Feng dijangka dibawa "pulang" ke tanah air hari ini.
"Goi (Chee Kong) dan isterinya akan pulang ke Malaysia esok, serta membawa abu anak mereka. Satu upacara dijangka diadakan di Ipoh, Perak pada Ahad ini," katanya kepada Bernama.
Pasangan suami isteri itu tiba di Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu anak lelaki mereka yang dikatakan sakit dan sedang menerima rawatan di Hospital Mae Sot.
Bagaimanapun, mereka dimaklumkan bahawa Zhen Feng, 25, telah pun meninggal dunia pada 2 pagi, 11 Mei lalu.
Pasangan itu akhirnya mendapat tahu anak mereka menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myawaddy, Myanmar.
Pasangan itu juga dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya telah didera sebelum dihantar ke hospital oleh sindiket penipuan pekerjaan pada 11 April, dengan menggunakan pasport dan identiti palsu "Mun Jun Hong".
Mangsa telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital itu, dan meninggal dunia (pada 11 Mei).
Jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan Si Racha di wilayah Chonburi dengan menggunakan nama palsu.
Pada 2 Sept, keluarga mangsa terpaksa mengumpul dana untuk membayar bil hospital kira-kira RM40,000 sebelum mereka dibenarkan memperoleh sijil kematian untuk menjalankan ujian DNA, melakukan upacara pembakaran mayat dan membawa abu mangsa pulang ke Ipoh.
Pada 13 Sept lepas, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan identiti sebenar Goi Zhen Feng menerusi perbandingan DNA bapanya Chee Kong adalah (99.99 peratus) padan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
ADUN Teruntum, Sim Chon Siang, yang membantu Chee Kong di Bangkok berkata, abu Zhen Feng dijangka dibawa "pulang" ke tanah air hari ini. - Foto Facebook/Sim Chon Siang
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Jasad Goi Zhen Feng selamat disemadikan
Upacara pembakaran dilaksanakan di Kuil Hin Kong di Si Racha, 120km dari tenggara Bangkok, dengan dihadiri ayah dan ibunya.