Jawatankuasa Penunaian Janji pastikan segala janji dilaksana

Muhafandi Muhamad
Mac 16, 2018 07:36 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Kompleks Uthmaniah. - Foto BERNAMA
Jawatankuasa tindakan susulan akan dibentuk bagi memastikan sebarang janji yang dibuat oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri terlaksana.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jawatankuasa Penunaian Janji ini bukti kerajaan komited untuk melaksanakan sebarang janji yang dibuat kepada rakyat.
"Saya telah membetuk jawatankuasa tindakan susulan bagi memenuhi sebarang pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan saya. Ini bukti kami serius untuk menentukan semuanya dilaksanakan," katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau bersama perdana menteri akan memperincikan kaedah terbaik untuk pemimpin di peringkat bahagian mendekati rakyat dengan program turun ke padang.
Katanya lagi, pendekatan yang digunakan Barisan Nasional (BN) bukannya menyerang atau memburukkan lawan, sebaliknya menawarkan khidmat untuk rakyat.
#Ahmad Zahid Hamidi #Jawatankuasa Penunaian Janji #kerajaan #komited #rakyat #serius #tindakan susulan