KUALA SELANGOR: "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah tidak kenal akan tulisan Jawi," kata seorang pengukir batu nisan berketurunan Cina.
Kuah Leong Chuan, 65, yang memiliki pengalaman lebih 40 tahun mengukir batu nisan granit menggunakan tangan, meluahkan rasa kekesalan itu kerana tulisan Jawi yang dahulunya menjadi tulisan rasmi negara mungkin akan hilang begitu sahaja.
"Sepatutnya ada orang atau pihak yang meneruskan tulisan Jawi ini. Dahulu ada orang minat Jawi, tahu baca.
"Sekarang kena sambung (perkasakan lagi) sebab ini bahasa kita.Tidak boleh tinggal begitu sahaja. Ini tulisan kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui di bengkelnya di sekitar pekan lama Kuala Selangor berhampiran Bukit Melawati.
Jelasnya kemahiran menguasai tulisan Jawi oleh semua kaum di Malaysia bukan satu kerugian malah menjadi kelebihan bagi setiap rakyat, untuk mengekalkan identiti sebagai orang Malaysia.
Kuah berkata beliau sebelum ini mempelajari tulisan Jawi daripada ayahnya dan pelanggan telah datang bagi mendapatkan khidmat mengukir batu nisan sejak beliau berumur awal 20-an.
Namun katanya minat yang mendalam untuk mempelajari tulisan berkenaan perlu ada, khususnya bagi golongan muda kerana ia kini bukanlah tulisan yang digunakan dalam urusan harian seperti dahulu.
Dalam pada itu, Kuah yang merupakan generasi kelima keluarganya yang mempunyai kemahiran mengukir itu, sehingga kini masih aktif dan kuat dalam meneruskan warisan nenek moyangnya melahirkan kegusaran, sekiranya kemahiran tersebut tidak dapat diwariskan kepada anaknya.
"Anak pun tidak yang minat (kemahiran mengukir). Saya suruh belajar tulisan Jawi sahaja cukuplah. Budak sekarang mana minat, jadi pendekatan saya adalah jika tiada minat jangan paksa," katanya.
Mengenai perniagaan yang diusahakan beliau, Kuah berkata sepasang batu nisan granit setinggi dua kaki boleh disiapkan kira-kira tiga hari bermula dari proses memotong batu hinggalah proses terakhir, iaitu mengukir serta memahat maklumat diatas batu nisan menggunakan tulisan Jawi.
Menurut Kuah, batu granit tersebut dipotong dengan alat bermata 'berlian' iaitu sejenis mata khas untuk memotong batu yang sangat keras, dengan setiap harga batu nisan bergantung atas saiz permintaan pelanggan.
Di samping membuat batu nisan bagi orang Islam, beliau turut mengambil upah mengukir batu nisan bagi agama lain dan juga lesung batu atau batu giling, sekiranya ada yang menginginkan hasil tangan daripada beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Kuah Leong Chuan menulis nama dengan tulisan Jawi di atas batu nisan yang diukirnya sendiri selepas mendapat tempahan. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jawi sebahagian daripada bahasa kita - Pengukir batu nisan
"Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah tidak kenal akan tulisan Jawi."