KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei).
Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan kelonggaran SOP di masjid dan surau.
Ketetapan tersebut meliputi pemansuhan masing-masing bagi imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk ke masjid dan surau, penggunaan sejadah sendiri, serta penjarakan fizikal antara jemaah dalam semua keadaan di masjid dan surau.
Selain itu, kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah yang berstatus 'Berisiko Tinggi' atau di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam masjid dan surau yang tertutup namun, tidak diwajibkan di kawasan terbuka atau di luar dari kawasan itu.
Jamuan di masjid dan surau dengan apa-apa cara penyediaan makanan serta aktiviti ziarah dan takbir Hari Raya dari rumah ke rumah anjuran masjid dan surau juga adalah dibenarkan.
Jemaah juga dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman dan hendaklah sentiasa mencuci tangan.
"Semoga dengan kelonggaran SOP tersebut, lebih ramai umat Islam dapat hadir mengimarahkan masjid dan surau di kariah masing-masing dan mengekalkan momentum ibadah Ramadan pada Syawal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
Kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah berstatus 'Berisiko Tinggi' atau di bawah HSO. - Gambar fail/Bernama
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.
JAWI gesa masjid di KL, Putrajaya, Labuan laksana Qunut Nazilah bermula hari ini
JAWI menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.
Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar
Dua NGO Islam meminta JAWI menyiasat tindakan Radzi dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Anwar yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut
JAWI akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.