KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia untuk terus menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada bila-bila masa.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga Allahyarham selain menyifatkan keputusan menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas adalah hak mereka.
"Itu hak mereka, kita sentiasa doakan keluarga ini diberikan kekuatan dan kesabaran untuk mereka teruskan kehidupan. Kalau ada keperluan dan bantuan diperlukan dari segi logistik serta kebajikan lain, kita akan berikan.
"Kami sentiasa jaga kebajikan pesara serta keluarga anggota yang pernah berkhidmat menerusi unit kebajikan dan agama jabatan," katanya kepada Bernama ketika mengulas keputusan keluarga Muhammad Adib menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap Thomas.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pengarah JBPM di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Pada kejohanan itu, JBPM Pahang mengungguli kategori berpasukan manakala JBPM Terengganu memenangi kategori antara regu dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 serta RM1,000.
Semalam, media melaporkan bahawa Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib memaklumkan menerima arahan menarik balik rayuan itu kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.
Menurut kenyataan itu, susulan arahan agar rayuan bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik, pihak peguam telah memfailkan notis pada 31 Mei lepas diikuti pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik permohonan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Justeru, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding menghina mahkamah terhadap Thomas dan Jabatan Peguam Negara selesai serta tamat selain berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah memulakan kehidupan baharu.
Pada 29 Nov 2021, keluarga Muhammad Adib menerima pampasan berjumlah RM1.5 juta daripada kerajaan.
Pampasan itu adalah sebagai bantuan prihatin daripada kerajaan atas musibah yang menimpa ahli keluarga anggota bomba itu yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov 2018 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Semalam, media melaporkan Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib memaklumkan menerima arahan menarik balik rayuan itu kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz
Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran madrasah tahfiz di Jalan Dato Dol Said di Taboh Naning, pada Isnin.
Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.