MINA: Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia untuk terus menjaga kebersihan dan berdisiplin dalam tempoh operasi Masyair.
Sebaliknya ia memberi semangat untuk mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk diduduki dalam tempoh persiapan operasi Masyair.
Tinjauan Bernama mendapati sesetengah khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka, malah ada yang bergotong-royong menyusun tilam, selimut serta bantal dengan lebih kemas dan teratur sebelum berangkat ke Muzdalifah.
Ketika bermabit (bermalam) di Muzdalifah pula, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing dan memastikan tiada sisa sampah sebelum bergerak ke Mina dengan menaiki bas.
Dicelah laluan khemah-khemah di Mina yang sempit juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap merata-rata dan TH menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.
Kebanyakan khemah jemaah membuat peraturan tersendiri dalam mematuhi penjagaan kebersihan hingga ada yang menyusun selipar dengan teratur di dalam serta di luar khemah.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata beliau terharu dengan sikap yang ditunjukkan jemaah haji malah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia adalah contoh terbaik.
Katanya, disiplin tinggi jemaah Malaysia telah diketengahkan dalam Program Kebersihan Masyair dan ternyata sikap itu berjaya membentuk keperibadian terpuji sepertimana misi program tersebut iaitu Kebersihan Mencerminkan Kemabruran Haji.
"Ketika jemaah haji berada di Arafah, sebelum mereka berangkat ke Muzdalifah mereka telah membersihkan perkhemahan dengan bersih dan kita dapat lihat usaha yang telah dilaksanakan.
"Begitu juga ketika di Muzdalifah, jemaah haji telah memberi kerjasama terhadap program ini. Di Mina mereka akan tinggal lebih lama iaitu antara tiga ke empat hari...tempoh agak lama untuk mereka bersihkan di bilik air, kawasan dalam khemah dan lorong-lorong khemah", katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut.
Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang.
Keadaan di Mina agak mencabar kerana bukan sahaja melibatkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang. - Bernama
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Operasi haji berjalan lancar - Mohd Na'im
Antara cabaran tahun ini ialah cuaca panas yang menjangkau hingga 48 darjah Celsius dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang.
Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia Rabu ini
Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baru selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 72 dan 60 tahun itu masing-masing disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru serta serangan angin ahmar dan kegagalan jantung.
Tujuh jemaah haji Malaysia tidak jalani wukuf
Tiga jemaah berada di hospital Arab Saudi kerana koma dan empat lagi di pusat rawatan Tabung Haji Makkah akibat masalah kesihatan mental.
Lebih 500 jemaah haji Malaysia masuki Mekah esok
Pihaknya telah bersedia sepenuhnya menyambut ketibaan jemaah haji berkenaan yang akan ditempatkan di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji (TH) di sini.
Ketua Perangkawan antara hampir 2,000 jemaah haji berada di Madinah
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir kini berada di Madinah bersama jemaah lain.
Malaysia terima kuota penuh 31,600 orang bagi musim haji tahun ini
Kuota haji Malaysia dan negara-negara lain dalam OIC adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.
TH kekal komited tingkatkan perkhidmatan haji - Idris
Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diberi pujian kerana kekal komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua jemaah Malaysia pada setiap musim Haji.
Haji: Semua jemaah Malaysia berpeluang wukuf, termasuk pesakit
Kesemua 14,306 jemaah haji Malaysia termasuk 26 pesakit berjaya dibawa ke Arafah untuk berwukuf pada 8 Zulhijjah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Haji: Idris puji perkhidmatan terbaik TH
Jemaah haji Malaysia memang bertuah, kata Idris.