MADINAH: Para jemaah haji yang menziarahi Madinah diingatkan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca panas di sini.
Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, suhu di sini ketika ini mencecah 40 darjah Celcius pada sebelah siang dan 26 darjah Celcius waktu malam.
Beliau berkata, keadaan cuaca di Arab Saudi adalah panas dan kering berbanding di Malaysia iaitu panas dan lembap.
"Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengingatkan jemaah haji supaya banyakkan minum air kosong, berada di tempat yang tidak terdedah secara terus kepada cuaca panas serta tidak memakai pakaian ketat," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya menyertai kumpulan WhatsApp mengikut jadual penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung aktiviti ketika musim haji 1444 Hijrah.
Menurutnya, inisiatif dilaksanakan Tabung Haji (TH) pada tahun ini bertujuan memudahkan jemaah haji mengetahui aktiviti harian mereka berbanding kaedah menampal notis sebelum ini.
"Aktiviti kumpulan penerbangan ini berbeza-beza, jadi dengan mengetahui maklumat secara terus di hujung jari akan memudahkan para jemaah," katanya.
Beliau berkata, bagi warga emas yang tidak mempunyai aplikasi itu, rakan sebilik mereka diharap membekalkan maklumat yang disampaikan TH dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ashrof berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 45 penerbangan jemaah haji Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini secara berperingkat bermula 21 Mei ini.
Ashrof berkata, jemaah haji akan ditempatkan di tiga bangunan di sini dan berada selama enam hari sebelum berangkat ke Makkah.
Sepanjang berada di Madinah, pelbagai aktiviti diatur antaranya menziarahi makam Nabi Muhammad, memasuki Raudhah di Masjid Nabawi serta menziarahi tempat bersejarah di sini.
"Persiapan menanti ketibaan jemaah haji berjalan lancar dan kita telah bersedia menerima duyufurrahman (tetamu Allah)," katanya menambah secara keseluruhan 14,000 jemaah akan tiba di Madinah secara berperingkat. - BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Para jemaah haji yang menziarahi Madinah diingatkan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca panas. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.