KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 57 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap sebuah agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata negeri Selangor mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 25 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM620,000 diikuti Kuala Lumpur dengan 23 laporan melibatkan kerugian sebanyak RM766,500.
"Empat laporan diterima di Pahang dengan sebanyak RM874,000 kerugian manakala masing-masing satu laporan diterima Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM2,371,500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Pulau Pinang mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM32,000, Perak (RM25,000), Negeri Sembilan (RM16,000), Terengganu (RM38,000) manakala Johor tidak melibatkan sebarang kerugian.
Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Jakarta sudah berlepas ke Tanah Suci
Mereka berlepas secara tiga peringkat sejak awal pagi tadi menggunakan penerbangan Saudi Airlines.
Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.
Jemaah haji terkandas: Lima individu direman tiga hari - Polis
Lima individu dipercayai terbabit dengan insiden hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA 7 Julai lalu, direman selama tiga hari.
Jemaah haji terkandas: Polis tahan 2 lelaki, 3 wanita
Setakat ini sebanyak 18 laporan polis telah diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Wangsa Maju.
Jemaah terkandas di KLIA: 57 laporan polis libatkan kerugian lebih RM2.37 juta
Selangor mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 25 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM620,000.
Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.
Visa Furada: Ada risiko buat bakal jemaah haji
Pembatalan untuk pergi menunaikan ibadah haji pada saat akhir akibat masalah visa tentu sekali memberi kesan kepada calon jemaah.
Selamat berlepas ke Jeddah, Neelofa bersyukur dapat selesaikan isu visa
Neelofa menerusi Instagram Story-nya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya.
Sampai bila insiden jemaah haji Visa Furada terkandas berpanjangan?
Salah seorang jemaah terkejut apabila pihak imigresen Jeddah memberitahu visanya menunjukkan identiti individu lain ketika diimbas.
87 jemaah umrah terkandas di Mekah akibat kerosakan enjin pesawat
Syarikat Al Fajr Travel and Tours Sdn Bhd mengesahkan kelewatan jemaah pulang disebabkan kerosakan enjin pesawat yang dikendalikan oleh Mega Maldives Airlines pada 26 Dis lalu.