Jep Sepahtu kongsi gambar, nama puteri sulung

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 2, 2018 07:04 MYT
Dariya Inara, itu nama yang diberi buat puteri sulung pelawak terkenal, Jep Sepahtu dan pelakon, Sari Yanti. Foto: Instagram/@jepsepahtu
Dariya Inara, itu nama yang diberi buat puteri sulung pelawak terkenal, Jep Sepahtu dan pelakon, Sari Yanti.
Perkongsian nama dan beberapa keping foto anak pasangan sama cantik sama padan ini dilakukan menerusi platform media sosial Instagram (IG) milik Jep pada Rabu.
Jep turut berseloroh dengan hashtag #AnakAbah pada kapsyen foto tersebut.
Di ruangan komen, netizen membanjiri pujian buat Dariya Inara. Mereka turut mengucapkan tahniah buat pasangan yang baru menimang cahaya mata ini.
Terdahulu, Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada Khamis lalu.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti menggemparkan dunia hiburan dengan berita pernikahan mereka yang berlangsung dalam satu majlis tertutup pada Februari tahun lalu.
#Dariya Inara #Jep Sepahtu #puteri sulung #Sari Yanti