KUALA LUMPUR:Nike Malaysia hari ini melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya edisi 2020-2022, dengan buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun jersi utama pasukan kebangsaan tampil dengan rekaan berkolar.
Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), majlis pelancaran jersi berkenaan berlangsung secara maya menerusi video yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu.
Video itu menampilkan beberapa tonggak utama skuad kebangsaan antaranya ketua pasukan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Brendan Gan dan Muhammad Syafiq Ahmad yang menggayakan kedua-dua rekaan baharu jersi utama dan 'away' atau tempat lawan selain penampilan istimewa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata biarpun ringkas, rekaan jersi utama baharu itu tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi 'away' memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.
"Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi utama, malah jersi 'away' juga menampilkan warna tradisi iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna dalam kesemua aksi skuad negara nanti semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama pemain dan penyokong," katanya.
Terdahulu, sebagai simbolik pelancaran jersi baharu itu, Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia Ernest Rodrigues menyerahkan kedua-dua jersi utama dan 'away' kepada Hamidin di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sementara itu, Ernest berkata dengan mengekalkan logo FAM di sebelah kiri dada, dan warna kuning ikonik jersi utama itu dipadankan dengan warna hitam pada kolar, lengan serta garis corak terkini Nike di bahagian sisi, adalah bagi menampakkan lagi kekemasannya.
Beliau berkata bentuk berjalur pada jersi 'away' diinspirasikan daripada Jalur Gemilang, namun kelainan ditampilkan adalah gabungan warna hitam dan kuning tanpa kehadiran warna biru, putih serta merah.
"Jersi 'away' ini mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan dan pada masa sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya," katanya.
Kedua-dua jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia dijual pada harga RM299 dan boleh didapati mulai hari ini di cawangan Nike terpilih selain secara dalam talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com.
Sementara, penjualan secara fizikal di 24 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua cawangan Football Republic di seluruh negara akan bermula 11 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020
Datuk Hamidin (kiri) berkata biarpun ringkas, rekaan jersi utama baharu itu tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi 'away' memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara. - Facebook FAM
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.