KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang semua pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama di bandar raya ini dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.
Hal ini berikutan pemantauan JPJ yang mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang.
"Jalan raya diwartakan sekatan sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar, bermula dari pintu masuk pusat bandar dengan meletakkan satu papan tanda khusus di mana dicatat waktu yang tidak dibenarkan untuk kenderaan berat masuk," menurut JPJ dalam kenyataan hari ini.
Antara yang diwartakan sekatan pada sebelah pagi dan petang untuk kenderaan barangan ialah semua jalan di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching bermula dari Taman Wahyu di Jalan Ipoh hingga ke pusat bandar, Jalan Genting Klang bermula dari Kolej TAR hingga ke pusat bandar dan Jalan Cheras bermula dari Taman Midah hingga ke pusat bandar.
Jalan raya yang diwartakan sekatan hanya pada sebelah petang pula antaranya ialah Jalan Kepong, Jalan Ipoh bermula dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves, Lebuhraya Karak, Jalan Gombak bermula dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur, Jalan Genting Klang dan Jalan Cheras bermula dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.
Kenyataan itu menyebut larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sememangnya sudah lama dikuatkuasakan namun sejak Peralihan ke Fasa Endemik, pemandu kenderaan berat dilihat telah mengabaikan peraturan tersebut dan berlaku pertambahan kenderaan yang ketara.
"Jika terdapat pemandu atau pengendali syarikat yang ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000.
"Justeru itu, JPJ ingin menasihati pemandu dan pengendali syarikat pengangkutan kenderaan barangan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada Peraturan Larangan Waktu Terhad yang telah diwartakan bagi jalan-jalan tertentu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik di Lembah Klang. - Gambar hiasan/ Bernama
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Kenderaan berat dilarang guna jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
Lokman berkata larangan ini bertujuan memastikan kelancaran trafik bagi mereka yang hendak pulang ke kampung atau bercuti.
Lebih 21,000 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan - KPN
Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan.
Operasi tumpu kenderaan berat bermula hari ini - Polis KL
PDRM akan mempertingkatkan operasi ke atas semua kenderaan berat di Kuala Lumpur bermula hari ini.
Kenderaan berat tidak patuh had masa di lebuh raya akan disita - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita kenderaan berat yang tidak mematuhi tempoh masa bagi laluan di lebuh raya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.
PLUS, JPJ kerjasama kurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat, motosikal pada 2023
Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan kemalangan maut yang disebabkan kenderaan berat pada 2022.
Menangani isu keselamatan jalan raya oleh kenderaan berat perlu pendekatan segar, inklusif dan holistik
Faktor ekonomi yang terhenti seketika akibat pandemik turut menyumbang kepada isu kebolehgunaan dan meningkatkan risiko kemalangan.
JPJ kuat kuasa waktu terhad kenderaan barangan lalui jalan utama di Kuala Lumpur
Larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sememangnya sudah lama dikuatkuasakan namun sejak Peralihan ke Fasa Endemik, pemandu kenderaan berat dilihat telah mengabaikannya.
Kenderaan berat masih degil, langgar arahan tempoh larangan - PDRM
Kenderaan berat yang masih berdegil dan berada di atas lebuh raya akan menyebabkan aliran lalu lintas bertambah perlahan.
MoT tarik balik larangan kenderaan berat di jalan raya di Labuan
Persatuan Penghantar Kargo Labuan membuat rayuan kepada MoT pada Rabu lepas menerusi Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui.
Malaysia, Thailand tamatkan operasi 24 jam kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao
Bermula Rabu, waktu pengoperasian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi laluan kenderaan berat kembali ke waktu operasi asal iaitu dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.