KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan hantaran tular di Twitter bertajuk 'Terkini - Beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) memohon maaf kepada Menteri Besar Shamsuri kerana hadir ke Terengganu tanpa makluman kepada kerajaan negeri.

JPM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan hantaran tular itu dibuat sebuah akaun satira dengan mengepilkan gambar memaparkan Perdana Menteri.

"Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi!" menurut hantaran itu.

-- BERNAMA