MELAKA: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang dalam perancangan menguatkuasakan beberapa syarat baharu kepada pendaki yang ingin memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) di Semenanjung termasuk menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP), mulai tahun hadapan.
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Indera Mohd Ridza Awang berkata penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin dan mengurangkan kejadian kemalangan semasa aktiviti pendakian.
"Bagaimanapun pelaksanaan cadangan itu bergantung pada persetujuan kerajaan negeri dan tidak melibatkan semua 211 HSK yang dikenal pasti sebagai kawasan pendakian di seluruh Semenanjung.
"Jabatan Perhutanan negeri telah diarahkan untuk mengenal pasti HSK berisiko yang perlu menggunakan perkhidmatan MGP dan kita akan cuba untuk jadikan ia sebagai satu syarat untuk pendakian selain mendapatkan permit mendaki kerana HSK kita dikategorikan sebagai hutan tertutup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas MGP Negeri Melaka pada Selasa.
Turut hadir Pengarah Perhutanan Negeri Melaka Khairun Nizam Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Abu Bakar Katain.
Indera Mohd Ridza berkata syarat juga mungkin ditetapkan bagi pengunaan seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) bagi nisbah sekumpulan tujuh pendaki dalam memastikan kawalan dan pengurusan aktiviti pendakian yang lebih lancar dan teratur.
Menurut beliau dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, lebih 400 kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan aktiviti pendakian di HSK di seluruh Semenanjung.
"Kita dapat lihat peningkatan tinggi dari segi penglibatan masyarakat dalam aktiviti rekreasi HSK terutama selepas sempadan negara dibuka kerana sebelum ini aktiviti rekreasi tidak dibenarkan susulan penularan COVID-19, selain ketidakpatuhan peraturan apabila pendaki masuk ke HSK tanpa kebenaran," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiada pertindihan fungsi di antara MGP dan jurupandu alam semula jadi yang dilatih Jabatan Perhilitan kerana MGP memberi tumpuan dalam pengurusan pendakian berisiko di kawasan HSK manakala jurupandu alam semulajadi berperanan menjalankan aktiviti pendidikan alam semula jadi di kawasan taman negara dan kawasan semulajadi lain.
"Perkara ini telah dibincangkan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada Jun lepas dan mereka menyambut baik usaha JPSM memperkenalkan MGP yang dilihat sebagai inisiatif memperkembangkan lagi produk ekopelancongan baharu berasaskan alam semula jadi serta memperkukuhkan aktiviti ekonomi penduduk setempat selaras dengan agenda Dasar Pelancongan Negara 2020-2030," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kira-kira 1,000 MGP disasar dilatih menerusi Kursus Asas MGP yang dilaksanakan di setiap negeri secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
Katanya sehingga kini, seramai 750 MGP telah dilatih menerusi 23 siri kursus asas yang dilaksanakan bermula 2020 susulan kadar kemalangan dan kematian yang tinggi dalam aktiviti pendakian dan aktiviti rekreasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, lebih 400 kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan aktiviti pendakian di HSK di seluruh Semenanjung. - Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest
Ikhtiar bersama 20 syarikat sherpa lain demi menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian.
Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb
Pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian
Penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong
Suzana berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung
Jahimin pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.
Pendaki kontak rapat pesakit COVID-19, Kompleks Taman Kinabalu ditutup dua minggu
Malim gunung yang bertugas pada 13 dan 14 September juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.