PUTRAJAYA: Bilangan kediaman siap dibina tidak terjual turun kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Johor mengekalkan jumlah dan nilai kediaman tidak terjual tertinggi sebanyak 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion, diikuti Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion manakala Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion).
"Kediaman berharga dalam lingkungan RM500,000 hingga RM1 juta mencatat jumlah tidak terjual tertinggi sebanyak 9,323 unit bernilai RM6.29 bilion atau 33.6 peratus daripada keseluruhan kediaman siap dibina yang tidak terjual.
"Bagi kediaman berharga di bawah RM300,000 pula sebanyak 6,509 unit di seluruh negara dengan nilai RM1.34 bilion dan berharga RM300,000 hingga RM500,000 pula berjumlah 8,128 unit dengan nilai RM3.29 bilion," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di sini, hari ini.
Ahmad berkata laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mengenai kediaman siap dibina tidak terjual juga menunjukkan masih terdapat banyak kediaman mampu milik yang boleh dibeli rakyat.
"Ada hartanah di bawah (harga) RM300,000 yang masih banyak tidak terjual dan ini sebenarnya memberi peluang untuk membeli hartanah mampu milik," katanya.
Ditanya mengenai punca berlakunya kediaman siap dibina tidak terjual, Ahmad berkata ini termasuk faktor kemampuan rakyat membeli rumah serta penawaran rumah di lokasi yang tidak menepati permintaan.
Melaka sebaliknya muncul sebagai negeri yang menepati nisbah harga rumah mampu milik dengan keupayaan pembeli, kata beliau.
"Di negeri lain sepatutnya harga lebih rendah...tapi apa berlaku di pasaran adalah lebih tinggi. Contohnya, keupayaan di negeri itu RM200,000 namun yang dibina RM250,000.
"Pemaju perumahan ini perlu membuat penilaian kemampuan rakyat di negeri terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Johor mengekalkan jumlah dan nilai kediaman tidak terjual tertinggi sebanyak 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion. - Gambar hiasan
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Jumlah kediaman tidak terjual 27,746, Johor paling tinggi - Ahmad Maslan
Bilangan kediaman siap dibina tidak terjual turun kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021.
Isu 'overhang': Kediaman tidak terjual bernilai RM42.49 bilion, kekal jadi masalah negara - Rahim & Co
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata Johor, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kediaman tidak terjual tertinggi di negara ini.