Jumlah mangsa banjir di Selangor mencatat seramai 1,820 orang sehingga pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri Selangor berkata kesemua mereka yang terlibat ialah dari dua kawasan iaitu Sepang dan Kuala Langat.

Beliau berkata bagi kawasan Sepang, seramai 1,071 orang terdiri daripada 224 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang.

"Manakala di Kuala Langat, seramai 749 mangsa daripada 194 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Raya Batu 9, Jalan Kebun Baru, katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada penutupan jalan dan kehilangan nyawa akibat kejadian banjir berikutan hujan lebat sejak minggu lepas.