SEGAMAT: Seorang penduduk menemui sebutir bom lama ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Ladang Pertanian Sekijang di sini, pada Khamis.

Polis Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, bom jenis Artillery Shell 85mm itu dimusnahkan pada jam 12.15 tengah hari Jumaat.

Kerja-kerja memusnahkan bom itu dilakukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Segamat.

"Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.

"Pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.