KULIM: Seorang jurutera lelaki kerugian RM61,450 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada 8 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 25 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan dari seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.
Menerusi perbualan itu pemanggil mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai ke atas syarikat milik mangsa berjumlah RM36,600.90.
Mangsa pada mulanya menafikan syarikatnya mempunyai tunggakan namun panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang untuk pengesahan.
Kemudian mangsa diminta memberikan maklumat peribadi dan sekiranya mangsa gagal waran tangkap akan dikeluarkan ke atas mangsa.
Elias berkata, mangsa akhirnya termakan dengan helah pemangsa dan akhirnya mangsa memindahkan wang miliknya ke akaun bank yang diberi untuk tujuan semakan sama ada sumber kewangan itu dari sumber kewangan yang sah ataupun tidak.
Termasuk perangkap, mangsa secara tidak sedar mendedahkan maklumat perbankan akaun RHB bank serta memberi kata laluan online banking.
Jelas Elias, mangsa melakukan pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan oleh pemanggil bermula 9 hingga 16 April berjumlah RM61,450.
Bagi melengahkan waktu mangsa supaya tidak menyedari proses pemindahan wang berlaku pemangsa telah mengarahkan mangsa melapor diri setiap empat jam kepadanya bagi memastikan mangsa berada di bawah kawalan pemanggil.
Mangsa akhirnya menyedari dia ditipu selepas memeriksa baki akaun dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, malam tadi.
Elias berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.
Jika sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dari 10 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Apr 24 2022
Menerusi perbualan itu pemanggil mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai ke atas syarikat milik mangsa berjumlah RM36,600.90. - Foto lakonan semula/Astro AWANI
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, tidak mahu pihak lain jadi mangsa
Pelawak Ali Puteh memberitahu dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.
Jurutera 'berputih mata', wang simpanan RM61,450 lesap ditipu wanita menyamar pegawai LHDN
Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.
Guru kerugian lebih RM54,000 ditipu tawaran kerja sambilan
Pengadu membuat bayaran sebanyak 21 kali transaksi ke lima akaun bank yang berbeza.
Harga durian perlu dikawal agar pengguna tidak terus tertipu - PPMM
Che Hassan berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred.
Hadiah tak dapat, rugi RM236,900
Seorang suri rumah di sini terpaksa berputih apabila kerugian RM236,900 selepas diperdaya sindiket penipuan menawarkan hadiah wang tunai yang tidak wujud, minggu lalu.
Pengundi Johor dinasihat jangan tertipu dengan Tun M - Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, agenda utama Tun Mahathir adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional daripada terus memerintah Johor.
Hampir 5,000 kes 'phone scam' direkod, libat kerugian RM113 juta
Statistik menunjukkan kes penipuan semakin membimbangkan apabila jumlah kes pada 10 bulan pertama tahun ini meningkat berbanding tempoh keseluruhan tahun lalu.
Banyak penduduk Sarawak tertipu dengan tawaran kerja di Singapura
Nasib sebahagian besar penduduk Sarawak yang ditipu ejen pekerjaan yang kononnya boleh membantu mencari peluang pekerjaan di Singapura.