Kabinet belum yakin cadangan pulihkan MAS

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 16, 2019 11:04 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinet masih belum yakin sepenuhnya dengan cadangan yang dikemukakan. GAMBAR: REUTERS/Olivia Harris
Kerajaan kini sedang mempertimbang beberapa tawaran dan kertas cadangan berkenaan pengambilalihan Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinet masih belum yakin sepenuhnya dengan cadangan yang dikemukakan.
“Kita sedang meneliti banyak kertas cadangan berkenaan bagaimana mereka ingin mengambil alih MAS termasuk proses untuk memulihkannya semula.
“Tapi hingga masa kini, kami (Kabinet) masih belum yakin, tapi kami akan mempertimbang segala kertas cadangan yang dikemukakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengasas Bersama Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab dilaporkan mahu menyelamatkan MAS dengan cadangan pengambilalihan yang telah dikemukakan kepada Dr Mahathir.
Usaha Pahamin bersama lima usahawan yang namanya tidak didedahkan namanya itu dikatakan bukan atas asas komersial tetapi lebih kepada semangat cintakan negara.
Pahamin juga dikatakan komited tidak akan ada pembuangan pekerja sekiranya pengambilalihan itu terjadi.
#kabinet #kerajaan #Mahathir Mohamad #Malaysia Airlines #Perdana Menteri