KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Jemaah Kabinet sudah membuat keputusan bahawa sebarang pengeluaran minuman keras di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks bangsa atau agama.
Menurut Tuan Ibrahim, kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan usaha yang dilakukan Pas dalam menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan nama Timah bagi wiski buatan tempatan.
Jelas beliau, Pas mengemukakan bantahan dalam isu penggunaan nama Timah bagi wiski buatan tempatan itu kerana rakyat mengharapkan parti tersebut untuk memperjuangkan isu agama.
"Walapun kita baru duduk dalam kerajaan dengan 18 orang Ahli Parlimen, kalau isu agama orang harap kan kita, termasuklah isu 'Timah', kalau isu emas ok ini isu 'Timah'.
"Dan saya nak khabarkan berita gembira, kita adakan pertemuan, menteri agama kita, menteri KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) termasuk menteri perpaduan, kita nyatakan bantahan.
"Kabinet telah buat keputusan bahawa tidak boleh mana-mana pengeluar yang mengeluarkan apa-apa pengeluaran (jenama) (yang) boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa ataupun agama.
"Hasil daripada apa yang kita buat, kita bantah... Alhamdulillah. Hari ini kita tengok sebenarnya mereka menggunakan isu ini untuk menyerang Pas, tapi akhirnya dijadikan backfire kepada mereka balik," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Pada 19 Oktober lalu, Tuan Ibrahim berkata, jenama dan logo wiski Timah itu memang boleh mengelirukan dan meminta agar ia disemak kembali walaupun ia tidak semestinya merujuk ekpada manusia.
Dalam reaksi segera, syarikat pengeluar arak itu menjelaskan, jenama Timah merujuk kepada bijih timah yang banyak terdapat di negara ini suatu ketika dahulu, manakala imej lelaki pada labelnya pula ialah Kapten Speedy yang dikatakan sebagai individu memperkenalkan budaya minuman berkenaan pada era pentadbiran British.
Astro Awani
Sat Oct 30 2021
Kabinet telah membuat keputusan bahawa tidak boleh mana-mana pengeluar mengeluarkan apa-apa jenama yang boleh mencetuskan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa ataupun agama. - Gambar fail
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kabinet putuskan tidak boleh ada jenama resahkan rakyat - Tuan Ibrahim
Kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan usaha yang dilakukan Pas dalam menyatakan bantahan.