Kabinet Sabah akan menyaksikan dua kementerian baharu akan diwujudkan dalam usaha melonjakkan lagi pentadbiran dan pembangunan dalam pelbagai bidang di negeri itu.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau juga akan mengumumkan barisan penuh Kabinet Sabah dalam waktu terdekat.
"Berilah saya sedikit masa lagi untuk membincangkan perkara ini, dalam masa dua tiga hari ini saya akan umumkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah Yang Ke-5, di Teluk Likas, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R. M. Jasni serta isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.
Ditanya mengenai reaksi beliau ketika menghadiri program pertama selaku Ketua Menteri Sabah, beliau menyatakan rasa bersyukur dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berbakti kepada rakyat Sabah.
"Saya rasa amat bersyukur dan saya juga akan memastikan bahawa kesatuan seluruh rakyat di negeri ini akan terus diperkukuhkan," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sun May 13 2018
Mohd Shafie juga akan mengumumkan barisan penuh Kabinet Sabah dalam waktu terdekat.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan
Jeffrey ketika ditemui berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan ADUN PH dalam kabinet negeri Sabah.
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
Kabinet setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan - KM Sabah
Kabinet Sabah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuat kuasa serta-merta.
Tempoh KM dua tahun, Kabinet Sabah secara dasar luluskan tetapi perlu sokongan ADUN
Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan meminda Perlembagaan Negeri bagi mengehadkan pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Baki menteri Kabinet Sabah diumum Hajiji minggu depan - Jeffrey
Pengumuman tersebut bagaimanapun akan dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secara berperingkat.
Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.
Kabinet Sabah: Dua kementerian baharu bakal diwujudkan
Kabinet Sabah akan menyaksikan dua kementerian baharu akan diwujudkan dalam usaha melonjakkan lagi pentadbiran dan pembangunan dalam pelbagai bidang di negeri itu.