PUTRAJAYA: Kabinet secara prinsip bersetuju meluluskan permohonan hartanah yang dikatakan bernilai RM100 juta oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan Kabinet berkenaan atas alasan itu adalah hak beliau di bawah undang-undang, lapor Bernama.

"Bagaimanapun, saya perlu tegaskan bahawa keputusan ini belum muktamad dan tertakluk kepada pertimbangan lanjut serta kelulusan akhir kerajaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan Najib bagi mendapatkan sebidang tanah untuk membina rumah itu selaras dengan peruntukan di bawah Akta 237 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.


Tanah RM100 Juta | Najib tolak tawaran kerajaan

BACA: Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

BACA: Najib tidak tahu nilai hartanah yang ditawarkan bernilai RM100 juta

Dalam pada itu, katanya Kabinet hari ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti garis panduan dan syarat permohonan anugerah rumah kerajaan untuk bekas Perdana Menteri.

Wan Junaidi berkata peranan jawatankuasa itu adalah untuk meneliti garis panduan yang dicadangkan untuk memenuhi permohonan tersebut termasuk kadar, syarat dan had maksimum atau kuantum bagi penyediaan tanah dan rumah bekas Perdana Menteri di bawah Jadual Saraan Bekas Perdana Menteri untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Semalam, berlaku kekecohan pada sidang Dewan Rakyat selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan bahawa kerajaan menimbang untuk menganugerahkan sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta kepada Najib.

BACA: Hadiah hartanah RM100 juta kepada Najib: Anwar terkejut, paksa PH kaji semula persefahaman

BACA: Tengku Zafrul, 3 lagi menteri dilapor antara yang bantah rumah RM100 juta Najib


Saya tidak tahu nilai tanah yang dipilih - Najib