Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu segera membanteras kegiatan jenayah memandangkan situasi jenayah semakin membimbangkan kebelakangan ini, kata calon DAP di Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya berkata PDRM seharusnya meningkatkan profesionalisme dan kecekapan pasukan tersebut, dan meletakkan lebih banyak sumber-sumbernya untuk membanteras jenayah di negara ini demi mengurangkan aktiviti jenayah yang melampau di negara ini.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan DAP dua minggu lalu di Teluk Intan, jenayah adalah isu serius yang merunsingkan pengundi di kawasan ini.
"Jenayah dan masalah sosial berada di kedudukan kedua tertinggi antara masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menjawab soalan tinjauan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Graduan Univeristi Teknologi Mara (UiTM) juga berharap agar kejadian yang menimpa biarawati sebuah gereja di Seremban, baru-baru ini tidak berulang.
"Kita berharap kes yang diklasifikasikan pihak polis sebagai kes bunuh akan dapat diselesaikan dengan kadar segera, supaya episod yang menyayat hati ini berakhir dan keadilan ditegakkan," katanya.
Dalam kenyataannya, Dyana Sofya, 27, berkata walaupun pasukan polis mempunyai lebih daripada 120,000 anggota, kurang daripada 10,000 anggota polis dikhaskan untuk membanteras jenayah.
"Jumlah anggota Cawangan Khas, yang dikhaskan untuk "melindungi" ahli politik hampir sama banyaknya dengan Jabatan Siasatan Jenayah.
"Apa yang lebih perlu distruktur semula adalah hakikat bahawa lebih 40% daripada jumlah anggota polis ditempatkan di bawah ‘pengurusan’ dan ‘logistik’, sementara 30% lagi ditugaskan dalam pasukan keselamatan seperti Federal Reserve Unit (FRU), Light Strike Force dan Pasukan Gerakan Am," katanya lagi.
Beliau berjanji akan menyeru dengan tegas supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan demi memastikan integriti dan kecekapan pasukan polis akan diperbaiki, serta hak-hak rakyat Malaysia akan dilindungi.
Astro Awani
Wed May 21 2014
Calon DAP di Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Zairil dan Dyana Sofya selamat bernikah
Majlis pernikahan mereka diadakan di Royal Perak Golf Club.
Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia
Kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili.
'Biar undi rosak, jangan hubungan kita rosak' - netizen kongsi #PickuplinePRU
Demam pilihan raya yang semakin hangat membuatkan netizen mengambil kesempatan mencurahkan idea dan kreativiti di platform media sosial.
BN yakin pertahan Parlimen Teluk Intan
Gerakan turut yakin merampas kembali kerusi DUN Pasir Bedamar yang kini disandang DAP.
Dyana Sofya, Zairil merancang kahwin hujung tahun
Zairil Khir Johari merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Dyana Sofya Mohd Daud menjelang hujung tahun ini.
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
Bakar Al-Quran: Dyana Sofya, ahli DAP buat laporan polis terhadap Dr Mashitah
Beberapa ahli politik DAP, hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Gambar mesra: Zairil mungkin ambil tindakan undang-undang
Zairil Khir Johari kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan Dyana Sofya.
UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya kali kedua
Yammy diminta memberi sebab kerana dia didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu.
Pandangan Gobind mengenai kekalahan Dyana Sofya tidak matang - Penganalisis
Dr Maszlee Malek berpendapat adalah tidak wajar pandangan dibuat berdasarkan spekulasi dan persepsi semata-mata.