Kaedah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dalam konteks Pulau Pinang dijangka berbeza daripada pilihan raya sebelum ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Beliau berkata, jika sebelum ini kaedah yang diguna untuk memilih calon adalah berasaskan parti, kini ia berdasarkan hasil kaji selidik dan maklum balas daripada orang ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen berkenaan.
"Kami akan dapatkan maklum balas daripada semua golongan penduduk di kawasan berkenaan seperti suri rumah, nelayan, petani, peniaga dan penjaja.
"Calon yang bakal dicadangkan mesti penuhi kriteria dan ciri-ciri yang disukai rakyat di kawasan yang bakal ditandingi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kajian akan dilakukan oleh beberapa kumpulan yang terdiri daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai kepentingan politik.
"Matlamat kami ialah menafikan kemenangan dua pertiga pakatan harapan dan menjadi pembangkang yang kuat di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata kaedah pemilihan calon itu telah diguna pakai oleh BN pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas dan tiga pilihan raya kecil iaitu parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.
Ditanya mengenai usul yang bakal dibawa wakil rakyat BN pada persidangan DUN Pulau Pinang bermula 19 Mei ini, Zainal Abidin berkata dua usul iaitu meminta Ketua Menteri ,Lim Guan Eng meletak jawatan dan bercuti daripada jawatan ketua menteri telah diserah kepada Speaker dewan, Datuk Law Choo Kiang.
Beliau berkata isu itu perlu dibangkitkan pada sidang dewan demi menjaga kemuliaan jawatan ketua menteri agar tidak tercemar memandangkan Lim kini menghadapi tuduhan rasuah dan akan dibicarakan di mahkamah.
"Usul telah dihantar dan terpulang kepada speaker sama ada terima atau tidak...isu di sini ialah nama baik jawatan ketua menteri," katanya yang berharap semua wakil rakyat yang rasional menyokong usul itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
ZAINAL: Kami akan dapatkan maklum balas daripada semua golongan penduduk di kawasan berkenaan seperti suri rumah, nelayan, petani, peniaga dan penaja.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.