Berikut adalah beberapa kaedah biasa digunakan ahli politik untuk menarik hati pengundi sepanjang tempoh berkempen menjelang pilihan raya umum.

Bagaimanapun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikatakan paling getir dan sengit menyebabkan beberapa calon Barisan Nasional (BN) berkempen dengan kaedah yang berbeza.

Calon BN Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin bersama beberapa rakan bertanding dari parti MCA telah memuat naik klip video nyanyian karoeke bertujuan untuk meraih undi.

Menerusi klip video yang dimuat naik pada 21 April itu, Pasukan Petugas MCA 1Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan bersama-sama menyampaikan lagu “Cinta Di Udara”.



Sehingga kini, video tersebut telah mempunyai lebih 80,000 tontonan selain meraih sebanyak 2,813 “like” dan 212 “dislike”.

Video ini bagaimanapun telah mengundang pelbagai komen yang rata-ratanya memandang serius.

Salah seorang pengguna, Joyceline berkata “Saya menyesal melihat video ini sewaktu makan”.

Selain itu, Kt Ong berkata, “ Jika menyanyi lagu ini boleh disamakan dengan pilihan raya, berkempen atau mentadbir negara, maka mereka sedang melakukan kerja yang buruk”.

Pengguna, Reg101st berkata,”Saya pernah sukakan lagu ini sehingga lah satu minit yang lalu”.

Sementara itu, dalam klip video yang berasingan, Frankie menjelaskan bahawa video nyanyian yang dimuat naik hanya sekadar bersantai ditujukan bagi orang-orang yang tertekan terutamanya menjelang tempoh PRU-13 ini.