KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan kaedah Red Notice dikeluarkan oleh Interpol bagi mengesan Jho Low dan sekutunya, adalah lebih baik, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Larut itu berkata, kaedah itu menggunakan elemen kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat, melibatkan 195 negara anggota.
Katanya lagi, kaedah ini memerlukan mana-mana 195 negara anggota yang mempunyai maklumat berkaitan Jho Low, bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat kepada Malaysia.
“Setiap maklumat yang diterima mengenai keberadaan Jho Low di negara asing sentiasa diteliti kesahihannya oleh pihak PDRM, termasuklah dengan menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan berdasarkan saluran antarabangsa sedia ada, dan bersandarkan kepada hubungan baik serta kerjasama dengan pihak berkuasa negara asing.
“Berkaitan isu tawaran ganjaran kepada pihak yang mempunyai maklumat terkini mengenai Jho Low dan sekutunya, PDRM berpandangan buat masa ini, kaedah melalui Red Notice yang telah dikeluarkan oleh INTERPOL adalah lebih baik kerana menggunakan eleman kerjasama dan maklumat perisikan yang lebih tepat,” katanya lagi.
Hamzah berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH – Kepong) yang mahu mengetahui sekiranya PDRM telah menghubungi dua orang wartawan, Tom Wright dan Bradley Hope, tentang dakwaan mereka bahawa Jho Low dan keluarganya dilihat di negara China dan Hong Kong pada tahun 2018 dan 2019.
Selain itu Lip eng mahu mengetahu mengapa Kerajaan tidak menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai maklumat terkini mengenai keberadaan Jho Low dan sekutunya yang dikehendaki polis.
Menjawab soalan RSN Rayer A/L Rajaji (PH - Jelutong ] tentang apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengesan dan menangkap Jho Low, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM tidak pernah berhenti dan kekal komited dalam usaha mengesan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia untuk menghadapi pertuduhan.
Firdaus Azil
Wed Oct 05 2022
Kaedah ini memerlukan mana-mana 195 negara anggota yang mempunyai maklumat berkaitan Jho Low, bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat kepada Malaysia. - Foto fail
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.