Pembantu isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor melabelkan calon Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong sebagai “bacul dan pengecut” kerana cuba membabitkan pasal dengan isteri POengerusi Barisan Nasional (BN) Datin Seri Rosmah Mansor dengan kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan 9 Mei ini.
Bagi Rizal, tidak sepatut Chin Tong mencari pasal dengan Rosmah yang merupakan hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan pilihan raya.
“Sama seperti isteri mana-mana ahli politik atau calon pilihan raya, Datin Seri Rosmah tidak wajar diserang atau dijadikan bahan kempen mana-mana calon kerana beliau hanya menyokong suaminya.
“Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad dah ajar Chin Tong bahawa tak salah untuk serang isteri pemimpin setelah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah langsung tak kena sentuh mahupun dijentik oleh mana-mana pemimpin BN,” kata Rizal.
Rizal juga menasihatkan Chin Tong agar bertindak matang dan masuk gelanggang pilihan raya “seperti seorang lelaki”.
“Apakah kamu dah jadi begitu bebal, tiada isu atau bahan untuk menyerang Ka Siong atau MCA sampai sanggup menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai umpan menarik perhatian pengundi,” katanya.
Teguran Rizal ini ekoran tindakan Chin Tong yang memasang papan iklan yang mengandung kata-kata undi untuk calon BN di Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong bermakna undi untuk Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah.
Bagaimanapun papan iklan tersebut telah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Astro Awani
Tue May 01 2018
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.