KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada kalangan rakyat Malaysia mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana telah kehilangan majoriti.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 mendapati 29 peratus mahu parlimen segera dibubarkan bagi memberi peluang untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
IDE membuat kajian ini untuk mengetahui 'mood' rakyat terhadap situasi politik negara mutakhir ini.
"Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, hanya 19 peratus yang memilih untuk beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.
"Majoriti responden, 46 peratus memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.
"29 peratus pula berpandangan beliau wajar membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke15. Hanya 2 peratus sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa," kata IDE dalam satu kenyataan pada Selasa.
Berdasarkan kajian yang dibuat, 31 peratus orang Melayu mahu Parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.
Dari segi pecahan umur, 33 peratus daripada mereka yang berumur 21 hingga 29 tahun, 30 peratus (30-39 tahun), 29 peratus (40-49 tahun), 27 peratus (50-59 tahun), 32 peratus (60-65 tahun) dan 20 peratus (66 tahun ke atas).
Kajian yang berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, mendapati pandangan
tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21
tahun hingga 66 tahun ke atas.
"Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain," kata IDE lagi.
Kajian ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.
Sebanyak 46 peratus responden memilih untuk Muhyiddin meletak jawatan kerana sudah kehilangan sokongan majoriti.
"Hanya 19 peratus yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.
"Majoriti responden, 46 peratus memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.
"29 peratus pula berpandangan beliau wajar membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke15.
"Hanya 2 peratus sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa," katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pengisytiharan darurat yang dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong Januari lalu berjanji bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja darurat tamat.
Penggal Parlimen kali ini sepatutnya berakhir pada 16 Julai 2023, genap lima tahun selepas PRU14 diadakan pada 2018 lalu.
Astro Awani
Tue Mar 02 2021
Kajian yang berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21 tahun hingga 66 tahun ke atas. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Peratusan pengundi atas pagar meningkat sejak 2008 - IDE
Peningkatan trend pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dicatatkan sejak tahun 2008.
Pentadbiran PH raih 74.1 peratus sokongan pengundi Selangor - IDE
74.1 peratus responden di Selangor menunjukkan persepsi positif terhadap pentadbiran Pakatan Harapan dengan 68.6 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.
WEM angkat isu jurang kemiskinan negara
Penggubalan dasar ekonomi harus mengutamakan kepentingan rakyat semasa khususnya golongan miskin, bukannya kepentingan segelintir kaum hartawan.
Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE
Hasil dapatan kaji selidik yang dilakukan Institut Darul Ehsan itu juga mendapati 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat.
UMNO telah buktikan di tiga PRK kemampuan bawa pengundi - IDE
Perkara tersebut dibuktikan ketika Pilihan Raya kecil (PRK) di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau
'Bossku' mendapat sokongan di media sosial, tidak di Semenyih - IDE
Populariti Datuk Seri Najib tidak akan diterjemahkan sebagai undi buat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.
PRK Semenyih: PH mendahului dengan 9 peratus tetapi... - Kajian IDE
PH mendahului dengan sembilan peratus daripada Barisan Nasional (BN) dalam PRK DUN Semenyih berdasarkan Kajian Lapangan badan penyelidik pilihan raya Institut IDE.
Anwar berpotensi untuk menang di PRK Port Dickson
Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 74% pengundi cenderung memilih calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding enam calon lain bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen PD.
PRK Port Dickson: Tiada satu undi pun untuk Saiful Bukhari Azlan - IDE
Kaji selidik bagi PRK Port Dickson mendapati Saiful bukan pilihan pengundi.