KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka akan melaksanakan fasa ujian klinikal bagi vaksin kolera atau taun pada hujung tahun ini menerusi pelan Pembangunan Vaksin Negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin itu akan dibangunkan hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).
"Kita bertuah kerana negara kita ada kerangka dan persetujuan untuk membangunkan vaksin. Jadi, untuk pengeluaran vaksin, ia bukan sahaja untuk COVID-19 tetapi untuk penyakit lain bawaan vektor, udara dan sebagainya.
"Bila masuk ujian klinikal maknanya ada Fasa 1, 2 dan 3, jadi kejayaan menghasilkan vaksin untuk kolera akan kita lihat fasa klinikal pada hujung tahun ini.
"... dan ada vaksin lain seperti vektor psoriasis (penyakit kulit kronik) dan vaksin yang kita cuba, kita usahakan iaitu vaksin polio dan denggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Penyelidikan dan Pembangunan Area 57 di Taman Teknologi Malaysia (TPM), hari ini.
Bagaimanapun, Adham berkata pembangunan vaksin itu memerlukan masa memandangkan tiada jalan pintas untuk menghasilkannya.
"Vaksin yang sedia ada pun menggunakan kemajuan teknologi terkini dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) luluskan atas tiga dasar iaitu keberkesanan, selamat dan berkualiti.
"Jadi kita melihat kepada perkongsian ini dan kita akan bangunkan dalam masa yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Vaksin Negara kita," katanya.
Mengenai program hari ini, beliau berkata Area 57 adalah sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan serta pemerkasaan bakat yang dibangunkan oleh TPM bagi memajukan perkembangan industri berfokus inovasi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan Unmanned Aircraft Systems (UAS).
Beliau berkata Area 57 adalah simbolik kepada kawasan seluas lima ekar yang akan dijadikan infrastruktur bersepadu dan sandbox dengan penyediaan tujuh nilai cadangan iaitu menyelidik, membangun, menguji, memperakui mengilang, mengkomersial dan menyelenggara penyelesaian dan teknologi dron.
"Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan salah satu tambahan di bawah penyeliaan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang mempunyai tiga lapangan ujian lain di Felda Mempaga Pahang, Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ Iskandar dan dron penghantaran urban di Cyberjaya.
"Di wilayah tengah Malaysia, Area 57 merupakan pusat sehenti yang pertama untuk inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV dan UAS)," katanya.
Sementara itu, Technology Park Malaysia (TPM) dalam kenyataan berkata melalui Area 57, perkhidmatan melalui dron dapat diperluas dan ditingkatkan dalam pelbagai sektor seperti e-dagang, logistik penghantaran bekalan penting atau perubatan ke kawasan luar bandar, terpencil, atau yang terjejas oleh bencana alam.
Selain itu, ia juga dapat membantu penyelenggaraan bangunan pintar, bandar pintar atau maritim selain pertanian bandar.
Menurut kenyataan itu, TPM akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempermudahkan perkembangan industri dron dari segi pensijilan, kelulusan frekuensi, kelulusan kamera, serta kelulusan keselamatan pengendalian dron di Area 57.
Kerjasama tersebut antara lain melibatkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) SIRIM Bhd, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin itu akan dibangunkan hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST). - Gambar fail/BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kajian klinikal vaksin kolera bermula hujung tahun ini - Dr Adham
Malaysia dijangka akan melaksanakan fasa ujian klinikal bagi vaksin kolera atau taun pada hujung tahun ini menerusi pelan Pembangunan Vaksin Negara.