Kaki kanak-kanak 8 tahun hancur digilis lori pasir

Astro Awani
Jun 20, 2018 12:29 MYT
Insiden itu dipercayai berlaku ketika lori pasir yang sedang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Serada ke Kepong. - Gambar Astro AWANI
Seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun hancur kaki kanan dan cedera di tangan kiri selepas digilis sebuah lori pasir.
Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Banggol Cempedak, Kepong, Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari Rabu.
Insiden tragis itu dipercayai berlaku ketika lori pasir tersebut yang sedang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Serada ke Kepong.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang basikal itu melintas secara tiba-tiba sbeelum basikalnya dilanggar lori tersebut.
Mangsa yang parah kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ) di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Terengganu Superitendan, Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Tambahnya, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#gilis #Hospital Sultanah Nur Zahirah #HSNZ #jalan banggol cempedak #kepong #Kuala Terengganu #lori pasir #suffian sulaiman #tragedi