KUALA LUMPUR:Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya fakta berhubung projek Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat mempunyai unsur penipuan.
Beliau berkata demikian ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menafikan mengenai tender projek itu.
"Fakta yang saya sampaikan (ini), kalau ada apa-apa unsur yang saya menipu, saya letak jawatan.
"Saya cuma bagi tahu pada 1 September 2020, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ada menulis surat kepada saya dan maklumkan perolehkan projek KVDT2 zaman PH (Pakatan Harapan) tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan semasa dan meluluskan projek tersebut yang sepatutnya ditawarkan secara tender terbuka," katanya.
Kenyataan itu menyebabkan bekas Menteri Pengangkutan itu bangun meminta Ka Siong supaya tidak mengelirukan Dewan.
"Yang Berhormat tipu, Yang Berhormat jangan mengelirukan Dewan," katanya.
Dalam pada itu, Ka Siong menjelaskan, penamatan Surat Setuju Terima (SST) projek KVDT2 dibuat oleh Kabinet.
Katanya, walaupun perjanjian rasmi projek itu belum ditandatangani, beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sendiri.
"Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mempertimbangkan pelbagai input (pandangan) termasuk pandangan Jabatan Peguam Negara," katanya pada perbahasan Belanjawan 2021 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini, pada Selasa.
Menurut Ka Siong lagi, Kementerian Pengangkutan telah menyenaraikan baik buruk dalam mempertahankan keputusan yang dibuat oleh kerajaan PH dan penamatan SST dalam memorandum Kabinet yang berkenaan.
Astro Awani
Tue Nov 24 2020

Wee Ka Siong menjelaskan, penamatan Surat Setuju Terima projek Projek Landasan Berkembar Lembah Klang dibuat oleh Kabinet. - Gambar fail BERNAMA

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 24 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

COVID-19: 10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup
Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

Dua beradik jumpa mayat bapa dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

PdPR: Bagaimana kita boleh laksanakan dengan lebih baik
Cikgu Noorhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun bercerita mengenai cabaran pelaksanaan PdPR dan apa yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong
Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKP namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran.

Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Sehingga kini, terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan.

Lesen latihan penerbangan My Heli Club digantung serta-merta - Ka Siong
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penggantungan itu susulan dua insiden kemalangan membabitkan ketiga-tiga helikopter milik syarikat berkenaan baru-baru ini.

Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Mangsa berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.

Menteri Pengangkutan persoal tindakan pusat beli belah saran elak naik kenderaan awam
Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoal tindakan pihak pengurusan sebuah pusat beli belah terkenal di Johor Bahru kerana memberi saranan kepada orang awam agar mengelak dari menaiki kenderaan awam.

Perkhidmatan feri P.Pinang diteruskan, beri keutamaan keselamatan penumpang
Fasa pemodenan akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air bermula 1 Jan 2021 dan diikuti dengan dua pengangkut kenderaan yang akan hanya membawa kenderaan bermotor dua roda.

Guan Eng nafi sokong langkah hentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah bersetuju atau mencadangkan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang dihentikan.

Mengenang Tun Rahah: Allahyarham pemimpin dihormati, beri sumbangan besar kepada pembangunan wanita
Pemergian Allahyarham Tun Rahah Tan Seri Mohamed Noah menyaksikan kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Nahas helikopter Taman Melawati: Hasil siasatan awal sahkan berlaku perlanggaran - Menteri
Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (BSKU) telahpun mengeluarkan laporan awal hasil siasatan pelanggaran di udara melibatkan dua helikopter, 9M-HCA dan 9M-HCB, pada 8 Nov di Taman Melawati.

Menteri Pengangkutan sambut baik SOP ketat Grab
Pada Jun lalu, Grab melancarkan dasar keselamatan ketat bagi mengurang risiko jangkitan COVID-19.