"Kalau aku mati tolong kebumikan aku," Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan

Rahimah Abdullah
Februari 11, 2020 03:57 MYT
Achey mendedahkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahu dia mengebumikannya apabila meninggal dunia. - Gambar Instagram @acheykintangkintung
Salah seorang anggota kumpulan Bocey, Achey mendedahkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahukan dia mengebumikannya apabila meninggal dunia.
Gurauan itu dibuat Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di ruangan komen Instagram milik Achey yang memuatnaik status ucapan hari ulangtahun kelahiran rakan baiknya itu sebelum ini.
Namun, Achey tidak sangka akhirnya gurauan berkenaan menjadi kenyataan.
"Telah aku tunaikan bamm... walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan," kata Achey di statusnya di laman sosial Instagram.
BACA: "Abam aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam" - Ali Puteh
Status yang dimuatnaik Achey itu turut mendapat lebih 140,000 tanda suka (like) dalam hanya dua jam.
KLIK UNTUK GALERI FOTO 'Perjalanan terakhir Abam Bocey'
#Abam #Abam meninggal dunia #Achey #Bocey #Instagram #kitabaikramaisayang #laman sosial #Maharaja Lawak #mati #meninggal dunia #perginyaabam