Penduduk di kawasan berisiko tanah runtuh dinasihat memantau keadaan sekeliling kediaman mereka, terutama longkang di hadapan rumah, untuk memastikan tiada sebarang pergerakan tanah berlaku.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Jabatan Geo Teknik dan Pengangkutan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Madya Ir Dr Azman Kassim berkata, ia termasuk di dalam pengetahuan mengenai "struktur binaan tanpa sokongan" yang harus diketahui penduduk.
"Ilmu mengenai struktur binaan tanpa sokongan seperti longkang harus dipantau, sekiranya ada pergerakan posisi pada longkang, itu maknanya ada pergerakan di dalam tanah.
"Sementara jika, struktur binaan dengan sokongan seperti bangunan atau tiang, ia akan meretak atau bergerak jika ada sesuatu berlaku di dalam tanah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Azman mengulas kejadian pergerakan tanah yang berlaku di Pangsapuri Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada Isnin yang menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk diarahkan berpindah.
Nasihatnya, selain longkang, penduduk juga dinasihatkan untuk memantau paip dan pergerakan kedudukan sebarang binaan yang tidak mempunyai sokongan konkrit.
"Itu petanda pertama, ia akan menjadi semakin buruk jika ditambah dengan air hujan yang melembutkan tanah.
"Situasi ini akan menjadikan tanah lemah dan binaan yang tidak mempunyai sokongan akan sedikit beranjak tempat. Ini menjadi tugas penduduk untuk membuat pemantauan," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika Dr Azman ditanya mengenai trauma yang masih ada pada penduduk di sekitar kawasan panas di Bukit Antarabangsa, ini katanya: "Itu bergantung kepada bagaimana kita menyelia hujan. Jika dua tiga hari hujan dan masuk tanah, ia akan terkumpul di dalamnya.
"Air tidak sempat keluar. Seperti konsep memasukkan air di dalam besen, sedikit demi sedikit dan tanah akan menjadi semakin lembab dari hari ke hari sehingga akhirnya terkeluar.
"Penduduk atau pihak berkenaan perlu melihat cara selia dan mengeluarkannya. Jika tidak dipantau pihak berkenaan, pasti sesuatu yang buruk akan terjadi."
Pada Disember 2008, kejadian tanah runtuh menyebabkan empat nyawa terkorban, 14 cedera selain 14 buah rumah di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa ranap.
Dr Azman, ketika kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, ada membuat kenyataan meminta semua pihak terlibat dengan pembangunan di kawasan tanah tinggi agar tidak menanam sistem saluran paip di kawasan cerun.
Katanya, ia bagi memudahkan pemantauan dibuat terhadap saluran paip dan supaya kebocoran pada sistem berkenaan dapat dikesan dengan segera.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 21 2014
DR AZMAN: Selain longkang, penduduk juga dinasihatkan untuk memantau paip dan pergerakan kedudukan sebarang binaan yang tidak mempunyai sokongan konkrit. -Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.