Kanak-kanak 4 tahun lemas ketika mandi sungai

Ridzal Abdullah
Januari 15, 2022 13:59 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas dalam satu kejadian di sebatang sungai dalam sebuah ladang di Beluran, pada Sabtu. - Astro AWANI
BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas dalam satu kejadian di sebatang sungai dalam sebuah ladang di Beluran, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4, dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 5.15 petang.
Menurutnya, sejurus itu beliau bersama empat lagi anggota bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sebaik tiba, SAR segera dijalankan namun mangsa belum ditemui.
SAR ditangguhkan pada jam 6.48 petang dan akan disambung semula pada pagi Ahad.
Tambahnya, sebarang perkembangan kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
#kanak-kanak lemas #mandi sungai #Beluran #Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil #operasi mencari dan menyelamat