Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia manakala tiga lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam nahas dua kenderaan di KM14.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kulai, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.24 pagi itu, kenderaan dinaiki mangsa terbabas selepas berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta lain jenis Volvo dari arah belakang.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaik dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun bersama tiga penumpang termasuk mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipandu seorang lelaki.
“Kemalangan mengakibatkan kesemua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan.
“Mereka kemudiannya dibawa ke hospital, yang mana salah seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Dzulkhairi berkata, lokasi kemalangan terbabit merupakan jalan lurus dua lorong, dua hala dan dipisahkan dengan besi pembahagi jalan.
“Kita juga telah mendapatkan dokumen pengenalan diri kesemua mereka yang terlibat dan sedang menjalankan siasatan lebih terperinci,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian
Sat Aug 04 2018
Kenderaan dinaiki mangsa terbabas selepas berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta lain jenis Volvo dari arah belakang. -Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.