Kanak-kanak hilang dijumpai selamat, SAR dihenti serta-merta

Rohana Wahed
Jun 14, 2018 04:32 MYT
Alvincent Amy ditemui oleh orang kampung di lokasi kira-kira 3km kilometer dari kawasan rumahnya. - Gambar fail
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak malam tadi ditamatkan serta-merta hari ini selepas kanak-kanak yang hilang itu ditemui kira-kira jam 10 pagi ini.
Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Alvincent Amy itu, berusia dua tahun 10 bulan, dijumpai selamat tanpa sebarang kecederaan.
Dia ditemui oleh orang kampung di lokasi kira-kira 3km kilometer dari kawasan rumahnya.
SAR telah diketuai Albanus Linyan dari Balai Bomba Siburan bersama tujuh anggota, enam anggota polis, lima dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), serta 25 anggota Rela, dan puluhan orang kampung.
Bagaimanapun, punca kehilangan dan bagaimana kanak-kanak itu boleh hilang pada jarak yang agak jauh masih disiasat.
BACA: Kanak-kanak hilang: Hanya kesan tapak kaki ditemui
Kanak-kanak berkenaan disedari hilang selepas bermain bersendirian di halaman rumah di Kampung Serumah, Teng Bukap dekat Padawan, pada kira-kira jam 5 petang.
#hilang #Kanak-kanak #Padawan #rumah #Sarawak #selamat #Siasat