Kanak-kanak lelaki lima tahun hilang dari kawasan Perumahan Awam Jinjang

Bernama
Ogos 12, 2016 15:08 MYT
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kanak-kanak itu, Noor Amila Edrus Norsham kali terakhir dilihat berada di kawasan surau yang terletak kira-kira 20 meter dari kediamannya. - Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hilang ketika bermain di kediamannya di Perumahan Awam Jinjang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kanak-kanak itu, Noor Amila Edrus Norsham kali terakhir dilihat berada di kawasan surau yang terletak kira-kira 20 meter dari kediamannya pada pukul 7 malam.
"Sehingga pukul 8 malam semalam, bapa mangsa Norsham Jali mendapati anaknya masih belum pulang.
"Beliau kemudian membuat laporan polis kerana khuatirkan keselamatan anaknya itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Munusamy berkata orang ramai yang melihat kanak-kanak berkenaan diminta menghantarnya ke balai polis terdekat.
#ACP R. Munusamy #budak hilang #Ketua Polis Daerah Sentul #Perumahan Awam Jinjang