Kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemukan lemas di tali air

Bernama
November 28, 2023 13:01 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tali air dekat Kampung Derdap pada 6.53 petang tadi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tali air dekat Kampung Derdap di sini pada 6.53 petang tadi.
Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa Mohd Rifki Asyraf Mohd Reduan diberikan bantuan pernafasan secara resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebaik pasukan mencari menjumpainya di kawasan terbabit.
"Maklumat mengenai kejadian diterima pada 6.25 petang tadi dengan melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan pada 7 malam tadi.
-- BERNAMA
#Kanak-kanak #lemas #Tali air #Kampung Derdap