Seorang kanak-kanak lelaki maut dilanggar kereta bapanya di hadapan rumah mereka di Jalan Baru di sini, hari ini.
Muhammad Syamil Ziqri Jamzaidi, yang berusia 18 bulan, meninggal dunia pada 11.58 pagi ketika dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata dalam kejadian 11.30 pagi, bapa mangsa cuba menghidupkan enjin kereta sebelum kenderaan itu secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh anaknya.
"Polis telah merekodkan keterangan bapa kanak-kanak itu. Menurutnya kereta berkenaan mempunyai gear semasa enjin dihidupkan menyebabkan ia terus bergerak ke hadapan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bernama
Sun Nov 23 2014
Dalam kejadian itu, bapa mangsa cuba menghidupkan enjin kereta sebelum ia secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh anaknya. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kanak-kanak maut dilanggar kereta bapa di Balik Pulau
Dalam kejadian 11.30 pagi, bapa mangsa cuba menghidupkan enjin kereta sebelum kenderaan itu secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh anaknya.