Kanak-kanak maut tercekik buah mangga

Astro Awani
Februari 1, 2020 16:20 MYT
Mangsa dikejarkan ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira kira pukul 5.20 petang. - Gambar Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun sepuluh bulan maut dipercayai tercekik buah mangga dalam kejadian di bandar Paka, Dungun, di sini.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang Sabtu, mangsa dikatakan sedang makan sepotong kecil buah mangga bersama bapanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudian secara tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa kanak-kanak malang itu cuba memberikan rawatan kecemasan namun gagal.
Mangsa dikejarkan ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 5.20 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Sbdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Mayat kanak-kanak terbabit dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
#Hospital #Kanak-kanak #meninggal dunia #Polis Daerah Dungun #tercekik buah mangga