Kanak-kanak dan remaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata golongan berkenaan perlu dididik agar bijak melayari internet bagi memastikan ianya tidak mendatangkan impak negatif terhadap diri mereka, keluarga dan negara.
Dengan 17.5 juta pengguna internet di negara ini, katanya masalah kebejatan sosial juga banyak berlaku ekoran dari penggunaan internet yang tidak bertanggungjawab.
"Pada masa kini pelbagai kes yang melibatkan alam siber dalam kalangan pengguna media sosial telah dilaporkan.
Justeru saya berharap anak-anak berfikir dahulu dengan rasional dan bukannya mengikut emosi ketika melayari internet bagi memastikan tindakan kita tidak memberi impak negatif kepada diri sendiri dan juga negara," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pandu Puteri dan Pandu Puteri Turun Padang
Putrajaya, di sini hari ini.
Sehubungan dengan itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia meminta program seperti "safe on the net" yang memberi fokus kepada pendidikan alam siber melibatkan murid sekolah diperluaskan lagi.
Katanya program itu yang dijalankan Pandu Puteri Cawangan Putrajaya sejak Oktober lepas turut mendapat kerjasama penuh daripada Cybersecurity Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
"Seramai 40 pemimpin Pandu Puteri Cawangan Putrajaya telah dipilih menjadi Duta Kecil Cybersafe untuk mengendali ancaman siber agar menjadi pengguna siber yang bertanggungjawab.
Harapan saya ialah persatuan itu terus merancang dan melaksanakan program itu secara berterusan bagi mendedahkan ahli-ahli Pandu Puteri di seluruh Malaysia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan agar mereka dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada seluruh masyarakat," katanya.
Terdahulu beliau turut menyaksikan perbarisan pasukan Pandu Puteri mewakili seluruh negeri, dengan penyertaan lebih 650 peserta.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Raja Puan Muda Perak yang juga Timbalan yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Normala Baharudin.
Bernama
Sun Jun 08 2014
Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Datin Seri Rosmah Mansor melayan permintaan peserta untuk mengambil gambar "selfie". -Foto BERNAMA
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Pendapatan X merosot teruk, bakal lancar sistem pembayaran sendiri
Pendapatan X dalam enam bulan pertama 2023 ialah $1.48 billion yang bersamaan penyusutan 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Penduduk terus bantah bina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar
Antara peserta perhimpunan yang hadir bagi membantah pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, pada Sabtu.
Pengeluaran caruman secara besar-besaran akan jejas pasaran negara - KWSP
Skala pandemik COVID-19 yang tidak dijangka dan bencana alam baru-baru ini menolak perlindungan sosial negara ke tahap maksimum.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Kerajaan setuju teruskan pembinaan LCS yang terhenti sejak 2019 - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu lalu.
Kerajaan rugi 25 peratus cukai kandungan kreatif dicetak rompak
Kerajaan mengalami kerugian sebanyak 25 peratus daripada setiap kandungan kreatif yang dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggunjawab.
Jangan guna kelengkapan elektrik terendam air - Suruhanjaya Tenaga
Sebelum suis utama dihidupkan, semua pendawaian dan kelengkapan elektrik di dalam rumah perlu diperiksa oleh kontraktor elektrik bertauliah atau berdaftar dengan ST.
COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu individu, PKS terjejas - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz menerusi satu kenyataan pada Khamis, berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kesan negatif yang telah menjejaskan golongan tersebut.
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.