Malaysia mencatatkan kadar kemiskinan bandar sebanyak 0.4 peratus dengan purata pendapatan sebanyak RM6,598 dan RM4,402 bagi purata perbelanjaan isi rumah pada tahun 2016.

Jumlah tersebut merupakan yang terendah dicatatkan jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara.

"Kebanyakan rakyat Malaysia hanya miskin relatif atau seseorang yang merasakan dirinya miskin berbanding orang lain, walhal segala keperluan asas termasuk makanan mencukupi melalui pendapatan diperoleh," menurut kenyataan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin seperti dipetik dari laporan akhbar tempatan.

Sungguhpun begitu, kajian terkini daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberikan gambaran yang lebih kritikal khususnya melibatkan golongan miskin bandar.

Berdasarkan kajian itu, tinjauan daripada 17 projek perumahan rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur mendapati masalah kemiskinan bandar berkait rapat dengan masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak, iaitu sebanyak 10 peratus kanak-kanak menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari.

Carta bar mengenai kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.


Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kes kekurangan berat badan, terbantut, dan kurus kering dalam kalangan kanak-kanak di PPR dan mencatatkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata kes di Kuala Lumpur.

Carta pai mengenai perbandingan berat dan umur dalam masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.


15 peratus kanak-kanak bawah lima tahun yang tinggal di PPR pula mengalami masalah kurang berat badan.

Carta pai mengenai perbandingan ketinggian dan umur dalam masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.


22 peratus kanak-kanak bawah lima tahun ke bawah yang tinggal di PPR pula mengalami masalah tumbesaran terbantut.

Carta pai mengenai perbandingan berat dan ketinggian dalam masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.

20 peratus mengalami masalah kurus kering, manakala 23 peratus lagi mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan peratusan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan dan ianya semakin parah seiring peningkatan usia kanak-kanak tersebut.

Carta graf mengenai perbandingan ketinggian dan umur dalam masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.


23 peratus kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan mengalami masalah tumbesaran terbantut berbanding 15 peratus bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.

Carta pai mengenai perbandinganberat badan dan umur dalam masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun di PPR sekitar Kuala Lumpur.